Isnin, 27 April 2015
KTM DUKE 200 ku dalam Kenangan
Tanggal 14 April 2015, kau terpaksa ku lepaskan. Setelah hampir 2 tahun 8 bulan kita bersama akhirnya ungkapan selamat tinggal ku ucapkan. Perasaan bercampur baur sama ada untuk ku ceraikan kau dengan talak tiga atau tidak akhirnya telerai jua. Aku terpaksa melepaskan mu atas keperluan hidupku yang lain. Sayang nya aku bagai menatang minyak yang penuh terhadap mu namun apakan daya.. aku hanya mampu bersama mu setakat itu sahaja. Mungkin tuan baru mu akan lebih baik dariku.. Duke aku rela melepaskan kau agar kau mengerti erti jalan raya yang sebenar..jika kau bersamaku ko asyik terkongkong di dalam rumah setakat menjadi pameran buat ku. Aku faham engkau perlukan satu perjalanan jauh yang membenarkan kau melihat dunia dengan lebih dekat. Oleh itu aku mengertikan perasaan mu dengan cara melepaskan mu pada yang memerlukan.. Duke antara kita sudah tidak ada apa apa lagi..tetapi aku tatap mengingatimu sehingga akhir hayat ku sebagai jentera tunggangan yang paling aku kagumi. Salam sayang aku untuk KTM DUKE 200 2012-2015.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan